Showing posts with label tatabahasa. Show all posts
Showing posts with label tatabahasa. Show all posts

Friday, 2 December 2011

Kata Kerja

Assalamualaikum....

Dah lame rasanya tak buat entry baru ini..biasalah bila kesibukan melanda diri, banyak kerja yang perlu diabaikan termasuklah blog ini..tapi tak pe hari ini saya akan meluangkan masa untuk entry yang baru iaitu
"Kata Kerja"

Menurut wikipedia Bahasa Melayu, Kata Kerja merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, dimakan dan sebagainya.Kata kerja terbahagi kepada dua iaitu
- Kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau)
- Kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak melampau )

Kata Kerja Transitif 
  1. Segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Ayat yang menggunakan kata kerja transitif mesti mempunyai penyambut ( objek ). 
  2. Mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.
Kata kerja Transitif Aktif

Kata kerja Transitif Pasif
kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama dan ayatnya berbentuk aktif. Kata kerja transitif aktif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan.

Pembuat
Kata Kerja Transitif
Penyambut

Atan
mendengar
radio

Kucing
menangkap
seekor burung

Perempuan
menjual
sayur

Pak Abu
menjala
ikan

Bapa sedang
menulis
surat




kata kerja yang disertai oleh objek, dan ayatnya berbentuk pasif. Kata kerja transitif pasif menggunakan imbuhan di-.
Penyambut
Kata Kerja Transitif
Pembuat
Radio itu
didengari
Atan
Burung itu
ditangkap oleh
seekor kucing
Sayur itu
dijual oleh
seorang perempuan
Ikan itu
dijala oleh
Pak Abu
Surat itu
sedang ditulis oleh
bapa

Kata Kerja Tak Transitif
  1. segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. 
  2. Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut.
Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap

Kata Kerja Transitif Tak Berpelengkap
Kata kerja ini memerlukan pelengkap. Pelengkap merupakan kata atau frasa yang melengkapkan ayat supaya tidak kelihatan tergantung dan bukannya satu objek (penyambut).
Pembuat
Kata Kerja Tak Transitif
Keterangan
Kami
mandi
di tasik
Dia
senyum
semasa berjalan
Air sungai
beransur
surut
Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut mahupun pelengkap. Selalunya berada di hujung ayat.
Pembuat
Kata Kerja Tak Transitif
Rumahnya
roboh
Radio itu
berbunyi
Turunnya Union Jack itu, Jalur Gemilang pula
berkibar

 p/s:
 Semoga dapat memahami pembelajaran hari ini dengan sebaik mungkin yer...

    Tuesday, 15 November 2011

    Kata Ganti Nama Diri

    Assalamualaikum...

    Pembelajaran hari ini adalah tentang Kata Ganti Nama Diri. Kata nama diri terbahagi kepada tiga iaitu kata ganti diri pertama, kedua dan ketiga.

    Kata Ganti Nama Diri:

    Pertama - Kata yang digunakan untuk mengantikan diri orang yang bercakap

    Kedua - Digunakan ketika kita berbual dengan seseorang

    Ketiga - Merujuk kepada orang yang ketiga

     
    Kata Ganti Nama Diri
    Penggunaan
    Contoh ayat

    Pertama
    Aku, saya, hamba, patik, beta, kami, kita.

    Menggantikan diri orang yang bercakap

    Saya suka makan masakan emak.

    Kedua
    Anda, awak, engkau, tuanku, kalian, kamu.

    Berbual dengan seseorang

    “Kenapa awak tidak hadir ke sekolah semalam?”


    Ketiga
    Baginda, beliau, mereka, dia dan ia.

    Merujuk kepada orang yang ketiga

    Beliau seorang dermawan kerana suka menderma kepada orang yang memerlukan.

      

    Sunday, 13 November 2011

    Pembelajaran tatabahasa

    Sistem bahasa terdiri daripada tatabahasa, sistem ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Pelaksanaan sistem bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia membolehkan murid menggunakan dan mengamalkan bahasa Melayu baku. Penerangan bagi perkara tersebut dinyatakan di bawah.

    Penguasaan tatabahasa pada tahap 1 adalah sangat penting bagi pelajar untuk memahami asas Bahasa Melayu. Contohnya penggunaan kata nama am dan khas, jenis ayat dan pembinaan ayat. Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat menyebut perkataan dan ayat dengan betul serta memahami intonasi dan jeda. Kemahiran yang ditekankan ialah kebolehan mengenal pasti dan membezakan pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasi supaya murid dapat menyampaikan maksud dengan tepat.

    Dalam P&P, guru memainkan peranan penting untuk menyampaikan pembelajaran tatabahasa yang dapat menarik perhatian murid. Teknik pengajaran tatabahasa yang menarik dapat membantu murid memahami topik yang diajar. Selain menggunakan kaedah "Chalk dan Talk", penggunaan video atau alat bantu mengajar lain dapat membantu menarik minat murid untuk memahami dan tidak berasa bosan ketika belajar. Video yang mempunyai gambar menarik dan warna yang terang dapat menarik perhatian murid untuk fokus dalam pembelajaran.